Thursday, July 14, 2005

This Crowded Road

0710
Rabu datang lagi. Segalanya bermula dengan tenang. Bangun awal dari tidur, dapat tidur yang cukup puas dan selesa... Mana taknya, dah dua malam berturut-turut hujan lebat. Dingin malam malam aku. Jikalau tidak, boleh kata tiap mlm tilam dan bantal aku akan basah. Bukan sebab kencing semasa tidur, tapi....panas. Suhu panas sungguh. Berpeluh badan walaupun ada kipas angin betul-betul kat hujung kaki....

0757
Rabu...Rabu...Hari Rabu. Baru jejak kaki hendak keluar rumah, "tu dia. jam lagi!" Lebuhraya Damansara-Puchong. Kenapa engkau selalu sesak bila tiba hari Rabu. Kenapa tidak Isnin ke, Selasa, Khamis atau Jumaat ke?? Selalu aku tertanya-tanya, apa istimewanya hari Rabu hingga jalan-jalan sering sesak. Jikalau Jumaat petang mungkin aku paham kenapa. Orang semua berpusu-pusu mahu pulang awal. Ya...Sabtu hari cuti. Orang kerajaan pun dah mula cuti hari Sabtu. Semua pulang awal kononnya nak bersama keluarga, teman, atau nak balik kampung. Jikalau Isnin pula mungkin semua rasa malas nak memulakan minggu kerja baru setelah berehat. Jadi mungkin ramai yang keluar rumah lambat dan mahu cepat sampai ke pejabat. Ya...'office' mula jam 9 pagi. 8.30 semua masih baru hendak 'start' enjin kereta....Tetapi, RABU. Apa ada dengan Rabu??? "Arrrgghh...mana bas ni?!"

0835
"phuii..." Macam sardin. Putra LRT memang sentiasa macam tu selagi belum pukul 9 pagi. tiap pagi kena mengadap muka2 toya tak mandi pagi, muka mengantuk tak cukup tidur. Kena pulak ada yg menguap, gigi tak gosok. Yarabbi...Tuhan saja tau bau dia....Ia buat aku teringat pengalaman semasa menaiki 'train' di Tokyo. Lebih kurang macam begini la, cuma lagi sesak, lagi 'cramp'. Tau saja la, org Jepun mana suka mandi pagi. Kalo kena yang segak bergaya tu, kira okay jugak. Tak la terseksa menahan hidung. J-Line memang sentiasa sibuk dan sesak. Ada satu kisah seorg warga Malaysia yg menuntut di Tokyo. Kerana tak mahu bersesak2 dlm 'train', dia sanggup keluar rumah utk dptkan train yg terawal, 6.30 pagi, walaupun kelasnya di universiti bermula jam 10 pagi. Dan menurut bapa saudara aku yg menggunakan J-Line setiap hari, kalau tidak pernah merasa muka berada di celah ketiak org, jgn berlagak nak kata engkau selalu naik train di Tokyo. Lebih2 lagi waktu "peak-hour". Dan aku mengalaminya pada kali pertama naik train di sana. Nak cramp tengkuk nak jauhkan muka. Badan sudah tak boleh nak gerak, penuh sesak dlm tu. Hanya kepala sahaja satu2nya anggota yg boleh diubah2 kedudukannya.

0840
Huh...Rabu Rabu. Jln Bangsar pun jam jugak. Mujur aku hanya perlu berjalan kaki saja nak ke pejabat dr stesen Abdullah Hukum. Motosikal cilok mencilok. Bas menderum laju di laluan kiri. Kelisa. Kancil. Waja. Wira. Gen2. Perdana. Merce E Class, C Class. BMW 2 Series, 3 Series. Punto. Getz. Naza Ria, Citra. Aveo. Wo wo wo....206. Peugeot 206....Masa itu juga la ambulans nak lalu. Riuh bunyi sirennya.

0905
'Switch on' PC. Aku duduk termenung depan komputer sambil tangan genggam secawan kopi O. kerja dah habis. Apa nak buat ni sementara nak tunggu 'beban' nak sampai ni. Sebab itu aku tulis benda ni. Saja nak cerita apa istimewanya RABU. Lagi pun sudah tiga minggu berturut-turut aku alami pengalaman yang sama. Hari Rabu. Jalan-jalan mesti jam. Di Jln Bangsar mesti akan ada ambulans berkejaran bawa mangsa atau sengaja bunyikan siren sebab nak lari dr jam. Bukan tipu, tapi memang betul. Ibu saudara aku yg pernah bekerja di Hospital Tawakal pernah cerita. Ada sekali, hari Jumaat. Tengahari. Org ramai sibuk hendak pergi solat Jumaat selain dr yg lain2 sibuk nak pergi mkn tengahari. Mereka2 ini (kakitangan Hospital Tawakal) hendak pergi ke Jln TAR. Nak shopping. Mereka tumpang sebuah ambulans. Jln 'confirm' sesak. Oleh kerana hendak cepat, driver membunyikan siren. Semua kereta ke tepi memberi laluan. "LAW ABUSES"

2 Comments:

Blogger Tabok said...

ahahahaha woi geriiiiiiiik!!! MANA PIGI? MANA KIJE???

5:20 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

ada. ada. tak ke mana pun. lepak kj la mana lagi.

10:06 AM  

Post a Comment

<< Home