Tuesday, July 26, 2005

A Crow Left Of The Murder

Bloody hell! Pagi yang membosankan. Malam kelmarin hujan. Malas rasanya nak bangun dari tidur. Lebih-lebih lagi cuaca mendung, udara sejuk jugak la kat luar sana.

Agak lambat jugak gua gerak pergi kerja. Waktu menunggu 'feeder bus' utk ke stesen LRT PUTRA, asyik jugak tengok kereta-kereta lalu-lalang. Terfikir jugak, agak mewah jugak orang Malaysia sekarang ni. Yang bekerja kilang pun sudah mampu pakai kereta. Tak kisah la walaupun Kancil atau Kelisa. Lagi hebat bila tengok ramai yang mampu pakai 'luxury cars'. Accord, Sonata, BMW, Alfa Romeo, Mercedes jgn cakap la. Itu la yang paling popular. Kalau nak di bandingkan dgn Accord 2.2 yg terbaru, hampir sama saja keselesaan dan kepuasan pemanduan. Tetapi kenapa ramai yg memilih Mercedes? Status. Nama. Itu sahaja....Pernah berlaku sewaktu gua di UK dulu. Ada seorg mat Paki warga Britain. Dia bertanya pada kwn gua adakah dia seorg kaya atau anak org kaya. Kenapa? Kerana dia memandu Mercedes. Walaupun 2nd-hand, 'org kebanyakan' di UK tak mampu hendak pakai. Tetapi warga Malaysia yg ke sana, membeli Mercedes dan membawa pulang ke tanahair adalah satu kemestian. Murah kata mereka....mmm...terpulang lah. Duit masing-masing.

Dlm waktu menunggu bas, tiba-tiba tergolek depan gua sekujur tubuh cicak besar tanpa kepala. Wah...ganas ganas. Jatuh dr langit kah? Tidak. Tidak. Ada dua ekor Gagak sedang gah bertenggong atas tiang lampu jln di sebelah. Sah. Ini mesti kerja Gagak Hitam tersebut. Beliau dah telan kepala cicak tersebut, selebihnya buang. Kemudian, bila gua tgk ke arah dia, dgn selamba dia terbang tinggi entah ke mana. Meninggalkan 'crime scene' yg baru dilakukan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home