Wednesday, September 07, 2005

"Mommy! Ikut I"

Babak 1
Lokasi : Stesen LRT Putra Taman Bahagia
Waktu : Maghrib (sewaktu orang pulang dari kerja)
Situasi : Berpeluh. Orang berbaris panjang menunggu bas laluan 902-A.

Para penumpang berbaris panjang menunggu ketibaan bas yang sudah hampir sejam entah ke mana perginya. Sesekali ada seorang dua yang keluar dari barisan dan mengambil teksi di seberang jalan.

Di gerai menjual makanan ringan berhampiran, becok si peniaga-peniaga bercerita tentang kesesakan di lampu isyarat. Sesekali bertukar ke topik kawasan kejiranan mereka.

Majoriti yang sedang menunggu sudah mula bosan dengan keadaan. Masing-masing mula sibuk dengan aktiviti berSMS. Hampir selang 20 ke 30 saat pasti ada sahaja deringan 'incoming message'.

Tiba-tiba dari belakang barisan muncul seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun bersama ibunya yang sudah agak tua. Sudah agak bongkok juga keadaan fizikal si ibu. Mungkin mereka berdua ini pengguna setia LRT kerana peniaga-peniaga gerai agak ramah menegur dan mengusik mereka berdua.

Ibu - "Lan! Nak duduk mana ni?"
Anak - "Mommy! Ikut I"
Ibu - "Nak kemana pulak tu Lan? Ish, mak dah tak larat ni!"
Anak - "Ikut je la. Kita duduk situ"

Sambil menggenggam selipar kirinya, si anak berlagak seolah-olah sedang menerima panggilan telefon dari seseorang.

Anak - "Tit tit tit tit tiniiitt. Hello! Hello!? Hello?!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home