Wednesday, May 30, 2007

Choose Life

Sesuatu yang susah kan untuk membuat keputusan. Tak kira la dalam apa keadaan sekalipun, bila kita berdepan dengan lebih dari satu faktor, maka keputusan harus dibuat. Sama ada ianya akan membantu mencorak kepada sesuatu yang lebih baik, atau sebaliknya.

Choose life. Kenapa perkara ni yang aku sibuk sibukkan?

Trainspotting, filem berbajet kecil yang memporak perandakan minda suci aku pada waktu itu. Kesah kehidupan sekumpulan anak muda Edinburgh yang malas bekerja. Pertama kali aku menonton filem ni, pada tahun 1996, disebuah bilik kecil yang mungkin berkeluasan 12 kaki x 7 kaki. VCD haram dipunyai oleh siapa ntah. Yang pasti, dibeli dari sebuah kedai di Kompleks Teruntum, Kuantan. Berhimpit kami menonton mengadap screen monitor komputer 14 inci.

"Ceh. Ntah apa apa ntah!" getus aku seraya terus keluar untuk ke jamban selepas habis cd pertama.

Beberapa tahun selepas tu, sekali lagi aku menonton. Kali ni hanya selepas begitu tertarik dengan sebuah review dari internet. Kali ini mungkin disebabkan aku sendiri sudah mula obses dengan konsep "rebelious", maka aku tonton dengan penuh minat dan fikiran yang terbuka.

Termaktub, Mark Renton menjadi hero aku. Hero yang telah membuka mata aku untuk melihat hidup ini dari satu sudut yang berlainan. Kehidupan yang naif. Yang tak memerlukan segala macam bentuk simbolisme status.

Tag line, Choose Life, sehingga kini masih tersimpan elok. Dibungkus kemas dengan kain kuning, diperasap kemenyan setiap malam Jumaat kedua, disembunyi penuh rahsia di satu sudut. Adalah sesuatu yang cukup cool untuk membiarkan kata-kata tersebut tergantung gah di dinding bilik tidur. Bukanya mata dari tidur setiap pagi, poster putih berteks hitam, yang akan menjadi salah satu santapan pandangan yang terawal. Ianya seakan, "u'll make my day". Seakan pemberi semangat untuk meneruskan aktiviti aktiviti seterusnya.

"Choose Life. Choose A Job. Choose A Career. Choose A Family. Choose A Fucking Big Television. Choose Washing Machines, Cars, Compact Disc Players And Electrical Tin Openers...Choose DIY And Wondering Who Fuck You Are On A Sunday Morning. Choose Sitting On A Couch Watching Mind-Numbing, Spirit Crushing Game Shows, Stuffing Junk Food Into Your Mouth. Choose Rotting Away At The End Of It All, Phishing Your Last In A Miserable Home, Nothing More Than An Embarrassment To The Selfish, Fucked Up Brats You Spawned To Replace Yourself. Choose Your Future. Choose Life..."

Dimasa tersebut, aku tidak mempunyai apa apa lagi fikiran selain dari menganggap frasa frasa ini adalah satu bentuk sindiran terhadap dunia kapitalis. Satu bentuk rebel yang cukup punk. Jadi ianya dijadikan satu anthem untuk aku jaja.

***************

Revolusi belum cukup untuk mengevolusikan. Setelah melalui beberapa tempoh percubaan, nyata sekali adakalanya sesuatu kepercayaan itu mudah untuk ditidakpercayakan. Perit ditindas, parah dilukakan, banyak sekali mengajar.

Dapat aku rasakan akhirnya tag line Choose Life ini menempelak diri aku sendiri. Sebelumya aku menganggap ianya sebuah capatalist cynical, sekarang ianya menjadi bayang bayang. Mengekori ke mana sahaja bentuk kewujudan.

Aku mempraktikan hampir setiap agenda yang dibawa oleh dakyah Choose. Mula mula aku diberi pilihan untuk memilih. Jadi aku membuat beberapa perhitungan. Untuk membentuk sebuah kehidupan aku harus memilih satu pekerjaan yang boleh memberi aku imbuhan bagi menampung segala hutang dan perbelanjaan. Dari kerja, aku perlu memilih sebuah kerjaya yang sekurangnya boleh menjamin hidup aku untuk satu jangka masa panjang. Bukan senang beb nak bina kerjaya. Kerja senang mau cari. Mengambil upah mengedar flyers di stesen LRT pun satu kerja. Tapi kerjaya, memerlukan satu perancangan yang agak complicated. Bagaimana dan di mana hendak meletakan diri dalam sesuatu tempoh.

Bertitik tolak dari situ, permulaan dalam membina keluarga. Ini part yang aku cukaup gagal. Satu ketika semuanya seakan menuju kearah itu. Tapi tersekat. Pandang belakang balik, patut la aku fail pada bahagian ni, rupanya bahagian ketiga(kerjaya) aku dah gagal. Belum ada. Aku salahkan diri sendiri pada tahap ini. Beberapa lama kemudian, setelah melihat persekitaran, bukan itu masalahnya. Mungkin ada sesuatu yang lain pada diri sendiri yang kurang betul agaknya.

Berfikir lagi...padan la. Choose A Fucking Big Television. Choose Washing Machines, Cars, Compact Disc Players And Electrical Tin Openers. Satu lagi kesilapan aku. Hanya berbekalkan notebook Asus 14 inci. Mesin basuh tahun 1989, itu pun pinjam. Cuma sekadar memakai dan menjaga kereta adik yang sedang menuntut di luar negara. Hanya sebuah Discman Sony dan tak pernah melihat langsung bagaimanakah rupanya eletrical tin opener. Apa lagi yang boleh diharapkan. MATERI cukup mengelirukan.

Yang nyata dan cukup realiti, selain dari 6 agenda terawal yang dinyatakan, aku memang pengamal dakyah dakyah lain seterusnya.

Fuck...

*aku dah malas. mungkin takkan ada sambungan utk topik ini.

3 Comments:

Blogger N a d i a said...

ohhh..beratnye cerita ko...isk..isk..anyway, aku suka trainspotting baik buku & filemnya. tapi adegan toilet kotor ya rabbi tu bleh bikin aku mual seminggu! yuck!

6:52 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

haha..."worst toilet in scotland"
tp itu la scene paling klasik. bertapa stoned nye so mcgregor sampai begitu sekali imaginasi beliau.

9:28 AM  
Blogger TheNonie said...

pst...kete tu share-share bukan spesifik individual punye :P

10:18 PM  

Post a Comment

<< Home