Thursday, May 17, 2007

Mind's Corruption

Jadi lagi. Masih tak berjaya lagi nak mengelak dari memikirkan sesuatu yang tak penting. Masih lagi nak menyusahkan diri dengan perkara perkara yang tak beberapa nak membantu.

"Sorry kalo u dah tdo. Nak tanya je, if u know, wat it meant by 'Sublime'?"

11.23 mlm. Seorang rakan menjadi mangsa korupsi minda. Akibat dari menonton sebuah filem, diklasifikasikan ber-genre psycho-horror, SUBLIME, aku dah menyesatkan minda dgn sesuatu yg tak harus masuk dalam kotak pemikiran. Mungkin kerana mood pun tak berapa sempurna, keletihan setelah teruk 'dibelasah' waktu di pejabat dan juga penat 'membelasah' diri sendiri dgn bersukan pada malam nya, anasir dan dakyah kebaratan ni mudah sangat masuk.

Hinggap, melekat kuat. Macam tungau. Tak tau la tempat lain panggil apa, tapi di daerah kelahiran aku, serangga halus berwarna jingga terang ni di panggil tungau (tungo disebut org kampung). Salah satu cara yang aku pelajari bagaimana hendak menanggalkan tungau ini dari tubuh badan kita adalah dengan getah sirih, yang terdapat pada pangkal dauh sirih itu sendiri. Tak tau apa paduan kimia yang terdapat pada cecair tersebut yang memudahkan proses pembuangan itu.

Kenapa boleh terjadi?

Pertama. Perkataan Sublime itu sendiri yang menarik perhatian aku untuk membeli VCD cetak rompaknya.

"impressing the mind with a sense of grandeur or power; inspiring awe, veneration" - dictionary.com

Kedua. 20 minit pertama cerita tersebut, aku makin terjerumus ke dalam. Terjerumus dalam dunia kekeliruan. Makin banyak perkataan yang dizahirkan dari watak watak yg muncul di screen, makin tak paham. Aku cuba memahami, kenapa mesti colonoscopy. Kenapa tak treatment lain? Ok, aku dapat pahamkannya bila anak kepada watak George Grieves menonton sebuah online documentary berkenaan satu ritual "persenyawaan" manusia dengan syaitan melalui satu proses pembedahan yg tidak menggunakan apa apa bius atau anti-bakteria atau apa apa lagi bahan2 perubatan yang digunakan ketika proses pembedahan moden. Bagaimana satu luka besar yang terhasil dari pemotongan menggunakan pisau boleh dicantumkan kembali hanya dengan menganginkan tangan "si pembedah" bersama sejenis alkohol sepanjang belahan tersebut. Bagaimana?? Ilmu hitam kan?! Syaitan.

Tambah keliru lagi, apa kaitan watak Zoe, the seductive nurse, dengan watak George Grieves? Ya, dia adalah jururawat yang ditugaskan menjaga beliau. Tapi kenapa mesti seductive?? Kenapa doktor yg bertanggungjawab merawat George berketurunan Parsi.

"I'm Iranian. But don't be afraid, I got my degree from the Chicago University, not from Tehran."

Ketiga. Aku kuat menyalahkan subjek Issues In Digital Media Design yang aku pelajari sebelum ini sebagai punca segala korupsi keseronokan menonton hasil kerja kerja visual. Aku telah diajar untuk menjadi sesorang yang analytical terhadap visualisasi...KENAPA...unsur utama yang difokuskan. Kenapa ia mesti begini bukan begitu. Kenapa harus ada ini dan bukan yang itu. Kenapa perlu diletakan di sini bukan di situ. Kenapa ianya menggunakan unsur ini bukan sebaliknya.

Dan...aku memang tidak pernah mahir dalam menginterpretasikan. 2 semester, 2 sessi yang berlainan, 2 courseworks yg gagal, dan 2 supplementary courseworks yg hanya cukup cukup makan. Tak dinafikan inilah satu satunya research yang paling mendalam, paling detail pernah aku hasilkan. Hampir 30 buah buku, hampir 100 journal, puluhan conference proceedings, dan juga puluhan mungkin cecah 100 lebih online reviews. Tapi masih belum mampu untuk menghasilkan sesuatu yang menepati kehendak "Tuan Professor". Mungkin kerana usaha usaha ini lah yang telah menyah-ghairah berahi-kan keseronokan menonton aku. Menjadikan aku seorang yang membosankan....Aku tak pernah tak suka dgn subjek tersebut, malah itulah matapelajaran yang paling aku gemari. Kalau tak, masakan aku sanggup buat research yg sebegitu, jka mahu dibandingkan dgn usaha menjayakan subjek subjek yang lain. Tapi itu la dia....

Sehinggakan aku sering mengelak dr menonton sesuatu yg boleh membuatkan daya pemikiran aku ni bergerak. TIDAK pada drama, thriller, suspens. Paling kuat tarikan terhadap seusatu yg boleh membuatkan aku berfikir hanyalah iklan iklan tv, majalah, dan suratkhabar.

20 minit. Cukup...aku dah keletihan yang teramat sangat. Itu saja yang sempat aku tonton. Waktu lain saja aku habiskan kesudahan filem tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home