Tuesday, July 31, 2007

Gigit

Tak syok sungguh bila berada dalam fasa ketandusan ilham untuk menulis. Di tambah lagi dengan kerosakan kedua dua buah PC dan Notebook aku. Serentak. Aiyaa....

Kedua duanya mengalami masalah yang serupa. Window XP is not working properly.

Untuk menulis di blog, aku perlu berada di meja di office. Aku sudah tak mampu untuk menulis sesuatu yang datang berhalusinasi yang tidak mengenal waktu dan ketika. Jika sesuatu muncul diwaktu aku sedang tidur, di alam mimpi, bila terjaga aku tak dapat nak mencoretkan semua itu. Selalunya aku akan menulis dulu di dalam Words, dan akan post kan di blog bila aku rasa ianya sudah mencapai tahap piawai yang ditetapkan.

Tapi kini tidak lagi boleh begitu. Sambil mengunyah karipap sejuk yang dibeli di dalam hujan awal pagi tadi, aku cuba untuk membunuh cubit cubitan kesejukan penghawa dingin. Gila ahh...sejuk gila. Lagi sejuk dari suhu di Bradford ketika awal musim sejuk. Perrghhh....

Gaji sudah masuk. Perkara utama yang perlu dilakukan, baiki PC dan Notebook. Nyawa aku.

2 Comments:

Blogger N a d i a said...

ingat kan apa ygg mengigit tadi..saspennn..

11:59 AM  
Blogger TheNonie said...

pc blom repair ka?Sila backup mana2 file yang patut(kalau boleh).Kalau tak..kire burn je la /harta karun' dalam tu.

9:53 PM  

Post a Comment

<< Home