Friday, February 10, 2006

Ini Republik Cinta, Part 2




Album:
Republik Cinta
Artist: Dewa 19
Release: 6th January 2006
Label: EMI Music International Hong Kong
Website: http://www.dewa19.com


Pelik. Sukar diramal. Advanced. Itu ekspresi pertama aku bila dengar saja trek pertama, Laskar Cinta "Chapter One". Dengan gabungan elemen ghazal yang kuat pengaruh musik Berber (Moroccan Folks), ini sesuatu yang baru dalam musik Dewa 19, berbanding album Laskar Cinta yang mana lebih kuat elemen rock n' roll nya.

Emotinal Love Song (trek 3) dan Larut (trek 4), tak banyak mengejutkan. Masih dengan sounds Dewa yang kita kenal. Dua buah trek yang cukup rasa balladnya ditambah dgn sedikit programming. Bagaimanapun trek ke 5, Sedang Ingin Bercinta, memang tak dijangka langsung Dewa akan sebegitu. Intro yang seakan sebuah lagu pop Britney Spears atau Christina Aguilera, wow!! Vokal dikepalai oleh Ahmad Dhani, tiba-tiba ada dangdut. Betul ke ni?! Tak pasti suara awek mana yang berdangdut.

Dari dangdut, beralih pula ke satu sound yg cukup familiar. Macam lagu Paul McCartney pun ada jugak. Dengan dimulai permainan piano dan vokal yang mellow. Begitu la Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu. Lagi sekali aku terkejut dan kepelikan. Tertanya-tanya, apa masalah aku ni. Apsal pendengaran aku asyik dengar macam penyanyi itu, band itu. Lelaki Pencemburu buat aku rasa cam dengar lagu dari band British. Ada sounds macam Franz Ferdinand, Muse pun ada gak bunyinya. Aiyaa....

Empat trek berbahasa Inggeris menyusul dimulai Love's Rhapsody. Tajuk pun dah seakan tajuk lagu Queen. Apa lagi bila membawakan cover I Want To Break Free. Kuat betul influence Queen terhadap Ahmad Dhani. Ini diikuti pula oleh Flower In Desert. Tak tau la kalau mungkin disebabkan aku banyak mendengar Paul McCartney kebelakang ni, jadi aku rasa seolah trek ni mempunyai melodi dan susunan vokal macam datuk Sir tersebut. Bagaimanapun, cukup menarik. Dan Live On... teruskan hidup.

Selimut Hati
, trek ke 12 dan terakhir, seakan mendengar semula lagu Kosong dari album Cintailah Cinta. Melodi yang hampir sama, dengan lenggok vokal yang sama. Sebuah lagi lagu jiwang yang cukup rasa jiwang (bukan leleh punya).

Dah puas dengar. Apa boleh aku kata, siapa-siapa yang nak dengar album baru ni, be prepared utk sesuatu yang tak biasa. Macam culture-shock pun ada gak. Keliru ada gak. Campor-campor la perasaan bila dengar.

4 Comments:

Blogger Yatt said...

Dewa 19 mmg suka sgt bereksperimentasi dalam lagu2 diorang.

Bagi aku, ini antara the best album dewa selain Bintang Lima & Pandawa Lima.

Tak salah aku vokal awek dangdut tu dr kumpulan Ratu, Mulan ke apa namanya.

5:38 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

oo...ye ke
kalo mulan tu kira, isteri ahmad dhani la kan.

memang album ni bagus. lagi pun memang release utk international, sampaikan label pun dah tuko guna EMI.

Bintang Lima still the best utk aku.

9:34 AM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

bisa...bisa
yang penting Dewa bisa terus ngerock.

p/s: ooo...salah ya. Mulan bukan nya isteri si Dhani?! haha....

anyway...thanx bro for dropping by.

1:56 PM  
Blogger Edd Vedder said...

aku suka review ko ni.. definitely better than mine..

:)

11:51 AM  

Post a Comment

<< Home