Tuesday, March 14, 2006

Kesah Dari Sebuah "Garage"

Tergedik-gedik kaki. Terhanguk-hanguk kepala. Semua di luar kawalan....

Itu yang terjadi apabila muncul je scene pengenalan kepada watak Gaia. Cukup rasa goth dan emo. Permulaan yg merangsangkan utk membuat aku terus menonton. Cukup fresh aku rasa musik yg dibawakan. Mungkin boleh aku kata, ini lah yg aku cari. Musiknya. Tak dinafikan banyak band di Malaysia ni yg membawakan musik sebegini, tp belum pernah aku jumpa yg berbahasa Melayu. Paling hampir, Cashmere. Ini band tanahair yg paling aku boleh kaitkan dgn music Garasi, kecuali penambahan electronic sounds. Mungkin ramai yg tak setuju, dan mungkin jugak mereka betul.

Aku tak nak cerita pasal sinopsis. Apa yang aku nak katakan, ini adalah filem Indonesia generasi baru yang paling menarik selepas Janji Joni. Melangkaui skop penceritaan filem-filem sezaman seperti Tentang Dia, Ungu Violet, 9 Naga, sbgnya. Memang genre ceritanya berlainan, tapi apa yang menarik adalah perspektif yang dipaparkan. Garasi cuba untuk lari dari kebiasaan. Lebih "dark". Tiada kesah percintaan tragis, tiada kesah kebingungan kapitalis. Apa yang ada hanyalah "passion" dlm bermusik dan juga kejengkelan media. "Erogant". Dan juga sedikit persoalan kasta sosial.

Walaupun ianya sebuah filem yang menarik, aku tidak boleh mengatakan ianya sesuatu yg terbaik. Dari sudut penceritaan, ianya cuma sesuatu yang biasa. Tiada keistimewaan. Tetapi apa yang mengagumkan, musiknya. Aku berani kata ini adalah sebuah produksi musik yang hebat. Apa yang ditampilkan cuba memberi tahu dunia luar, Indonesia juga mempunyai sesuatu yang lebih hebat berbanding musik-musik yang sering disogokan kepada kita semua. Mungkin itu cuma 1% dari apa yang mereka ada sebenarnya, tetapi sudah cukup untuk membuka mata "orang luar".

Diulangi, bagi aku ini adalah filem yg paling menarik selepas Janji Joni.
( Cerita : **/5 ..... Musik : *****/5 )

http://www.garasithemovie.com

4 Comments:

Blogger N a d i a said...

sigh. i was always hoping that malaysia will come up with such a movie at the first place!! we've plenty of talents la..haiyaa..so rugi! anyway, 'CASHMERE'?..errkkk..!

12:43 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

yup...cashmere. tp aku tak sure betul ke ejaan dia cam tu. lama sgt dah. antara band ug scene malaysia yg paling aku suka. tp tak peronah ada materials depa, asyik layan live aje.

12:45 PM  
Blogger N a d i a said...

...but the band sadly 'brutalized' the beauty melancholy of the original "datang dan pergi"...*sob, sob*...no wonder ramli sarip was not happy at all..

12:19 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

yea...for me, none of the tribute songs are good. eventhough i like the Deftones version of 'If Only Tonight We Could Sleep'(The Cure), i still prefered the original's.

peace.

1:32 PM  

Post a Comment

<< Home