Friday, June 30, 2006

Kelako...Lawok...Funny...Keraih perut

Kejadian #1
Di suatu pagi yang indah. Matahari bersinar terang. Dikala masing-masing berpusu-pusu pergi berkerja. Kenderaan pengangkutan awam penuh sesak akibat menampung jumlah kebanjiran penduduk kota yang semakin bertambah. Atau mungkin ianya telah menjadi pilihan utama bagi mengangkut tubuh-tubuh manusia yang pelbagai saiz dan keberatan itu. Di celah-celah kesesakan itulah terselitnya seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 20an yang menyemakan lagi statistik kepadatan penduduk Kuala Lumpur. Hari ini beliau keluar berkerja seperti biasa. Menggunakan bas perantaraan dan perkhidmatan Light Rail Train (L.R.T). Seperti biasa juga beliau terpaksa berdiri di dalam kedua-duan buah kenderaan tersebut. Dan bila dah kena berdiri, mesti lah juga beliau terpaksa mengankat tangan untuk memegang panel-panel sokongan yang disediakan bagi mereka yang berdiri. Di pejabat beliau melakukan rutin harian, mengaktifkan modem broadband dan juga network router. Di masa itu lah beliau terdengar satu suara, "Hey you, your pant is not zipped on la!".... arrghh amoi cun pulak yang menegur. Cess...dengan muka selamba beliau menarik zip, sambil menyumpah-nyumpah di dalam hati. Alangkah malunya akibat ditegur oleh seorang awek.

Kejadian #2
Di sebuah pejabat yang membosankan, seorang pekerja yang tak punya apa-apa pekerjaan sedang bersantai melayan kebosanan. Baru jam 10 pagi beliau sudah ketandusan keceriaan. Berpura-pura membersihkan permukaan meja yang berhabuk, tanpa disengajakan beliau terlanggar gelas besar yang digunakan untuk minum kopi. Maka seluruh pejabat menoleh ke arah beliau akibat dari bunyi yang terhasil dari kekelam kabutkan beliau cuba menangkap gelas tersebut dari jatuh kelantai. Inche' Boss yang berada di dalam biliknya pun turut menjenguk keluar, "What was that?"... "He" sambil menunjuk ke arah pekerja tersebut. Apa lagi, hanya tersengih menampakan gigi, "hehehe".

Kejadian #3
Paginya terlanggar gelas. Tengaharinya, kejadian yang serupa berlaku lagi. Kali ini dengan gelas yang separuh terisi kopi. Sekali lagi kecoh ruang pejabat dengan bunyian gelas berlaga dengan meja dan dinding. Dan juga terhasilah sebuah seni abstrak yang berperisa di dinding ruang penjuru pejabat, di sebelah tempat duduk pekerja itu. Dengan wajah bersalah beliau terus ke tandas mengambil tisu dan kain basah bagi menyucikan ketidakcucian akibat dari perbuatan beliau itu. Entah bagaimana boleh terjadi sedemikian. Menurut beliau, ketika itu beliau sedang menggeliatkan badan kerana letih duduk mengadap komputer dalam jangka waktu yang agak lama. Ketika beliau memusingkan badan kekiri, tanpa disengajakan beliau terlanggar gelas berisi kopi itu yang kebetulan berada berhampiran. Maka, tertumpah lah.

Kejadian #4
Sekali lagi, seorang budak lelaki berdiri teguh di sisi jalan raya menunggu bas yang tak kunjung tiba. Hampir 30 minit sudah beliau di situ. Sudah ada nada-nada kebosanan dengan mutu perkhidmatan pengangkutan pernataraan yang tidak menentu itu. Adakalanya bas melewati kawasan tempat tinggal beliau itu agak terlalu awal. Ada masanya tiba di dalam ruang waktu yang sepatutnya. Tetapi selalunya, bas tak sampai sampai. Setelah mengambil keputusan untuk mengambil teksi, tiba-tiba muncul lah pulak bas yang ditunggu tersebut. Keputusannya, naik bas. Terbukanya pintu dan melangkahkan kaki ke atas bas, "Aiseymen!". Pemandu bas tersenyum. Penumpang-penumpang dibarisan hadapan turut tersenyum...Hampir tersungkur kelantai rupanya budak lelaki itu. Menurut budak lelaki tersebut, kakinya tersadung anak tangga bas yang pertama itu. Kurang konsentrasi, tumpuan terhadap langkahan yang di ambil itu. Tapi, mengapa terjadi begitu? NO KOMEN.

5 Comments:

Blogger N a d i a said...

ohh..siapakah si cemerkap yg malang itu?

9:31 AM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

sapa lagi...gua la
kah kah kah...

9:42 AM  
Blogger N a d i a said...

heheh..tragik betui. tapi kdg2 mmg ada jadik camtu kan?..sehari suntuk serba tak kena. haha. ;-)

3:21 PM  
Blogger Yatt said...

Hahahaha!! Apekeheynye yop? Gamoknya serba tak kena kot pasey Argentina dah out? Hahaha

p/s errr.. sape amoi cun tu yop? Heheh

11:20 AM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

bukan amoi yg bebenonye. dah anak 3 dah pun dia tu, tp pasal dia suka bergaya cam tak ingat dia tu isteri org kan, tu yg gelorkan amoi tu.

ntah le apa yg jadi. banyak mengelamun kot. tu pasei jadi tak tentu arah gamaknye.

11:28 AM  

Post a Comment

<< Home