Monday, March 27, 2006

1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu);




Album:
Rasa
Artis: Nitrus
Release: 2005
Label: Surtin Entertainment
Website: http://www.nitrusonline.com


Pertama dan kali terakhir menonton persembahan mereka di Rock The World 2. Ada seorg kawan berkata, "Kau tengok mamat (Eddie) tu, macam Tomok (New Boyz)"... Persembahan Nitrus pada hari tersebut dah berikan satu positive musical perception pada aku. Walaupun tak terima mereka secara terus, namun ada sebahagian dari jiwa musik aku kata ini band yang perlu diberi perhatian.

Selepas mendengar singles Rasa dan Colder tidak lama dulu, memang aku menunggu utk dapatkan full-length album Nitrus. Hanya Jumaat lepas baru aku berjaya dapatkan.

Setelah berulang kali mendengar keseluruhan album tersebut, tidak boleh lari dari untuk mengaitkan musik mereka dengan Collective Soul. Paling hampir trek kedua, Kamu, cukup kuat vibe lagu Run (Dossage, 1999). Apa yang menarik, Nitrus mempunyai satu music delivery yang agak berlainan dari kebanyakan band-band Malaysia. Aku cukup tertarik dengan sound modern-rock yang mereka bawakan. Mature dari konteks pemahaman musik Melayu. Jikalau hanya mendengar musik mereka tanpa vokal, belum tentu orang akan kenal itu band Malaysia, lebih tepat band Melayu. Apatah lagi nak mengaitkan dengan band Indonesia. Tiada persamaan langsung. Itu yang penting. Seingat, boleh dikatakan ini band Malaysia kedua yg memberikan perception sedemikian pada aku selepas Saturnine (seorang teman menyatakan ini adalah Malaysia's R.E.M.).

Kepuasan. Itu sebenarnya yang diperlukan apabila mendengar sesebuah komposisi musikal. Dan aku dapat dari Nitrus: Rasa. Kerana ada juga komposisi musikal yang sebagus ini dari Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu. Sudah penat mendengar yg berbahasa Inggeris. Jadi, apabila bahasa Melayu itu diguna pakai, rasa lebih dekat dengan jiwa Melayu itu sendiri. Nampak sudut perjalanan musik dalam lingkungan kehidupan seharian.

Highly recommended.

"Adik, ini band bagus ka?"
"Ramai orang dtg cari ini album, lo"
"Ini band Malaysia ka? Saya ingat Indonesia, lo"
"Band baru?"
(dialog dari Aunty kedai music tingkat bawah Central Market)

3 Comments:

Blogger N a d i a said...

teman ingatkan band ni dah r.i.p..heheheheh....

saturnine? ohhhh..how i miss "liquid love"!

10:43 AM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

ntah le dah rip ke blum. yg confirm, vocalist dia dah blah.

tu la pasal, rasa rugi saturnine ni abis macam gitu je. satu lagi Happy Nightmare. rugi rugi...

11:26 AM  
Blogger N a d i a said...

don't forget 'naked butterfly'..mletupppp!!!...aku suka!!

2:47 PM  

Post a Comment

<< Home