Thursday, August 02, 2007

Insan Bahagia Dan Jaket Keselamatan

Tak semena-mena frasa ni bergema dalam kotak fikiran aku. Mungkin juga ianya banyak dipengaruhi dari kisah seorang rakan yang sedang dalam fasa berduka, bermuram durja, akibat kekecewaan dalam membina jalan bahagia kehidupan beliau.

Apa yang aku jadikan sebagai tajuk untuk entry kali ni sebenarnya hanyalah satu tafsiran dari frasa asalnya yang aku tulis di dalam Bahasa Inggeris.

Happy People And A Lifejacket.

Sekali baca, ianya seakan sebuah tajuk lagu atau album dari band indie. Haha. Tapi aku tak ada band, dan aku tak pandai bermain instruments muzik. Aku hanya pandai mendengar, komen, kritik.

Terlalu banyak perkara yang silih berganti wujud disekeliling aku yang menghadirkan rasa kurang selesa. Dari segi pergaulan sosial, perhubungan kekeluargaan, sikap toleransi, kesopanan dan kesusilaan, etika kerja, etika komunikasi. Semuanya cukup tak kena pada aku.

Ini reaksi beberapa orang rakan terhadap diri aku.

(1) Kau dah berubah. Berubah ke arah negatif.
(2) Kenapa kau mesti jadi complicated? Aku macam dah tak kenal kau.
(3) Greect...bye bye.

Apa yang berubah negatif? Mungkin kerana sekarang ni aku lebih mudah menuturkan kata-kata kesat, sumpah seranah, lucah. Banyak?! Mungkin juga. Unconscious reactions. Ini kerana aku rasakan aku terlalu baik hati dengan insan-insan lain. Bukan baik hati tapi murah hati. Biar saja diri ditindas, diperguna. Aku bersabar kerana aku selalu percaya Tuhan Maha Kaya. Maha Adil. Sampai waktu semua akan dapat.

Tetapi bila aku fikir balik, ini tak boleh jadi. Dah lebih ni. Kenapa aku mesti korbankan diri aku. Kenapa aku nak jaga tata susila, kenapa aku nak bersopan. Sedangkan berapa banyak sangat orang yang sudi menghargai nilai-nilai begitu. Bila cuba bersopan, berhati-hati dalam menyatakan sesuatu agar tidak menimbulkan konflik. Menjaga nilai-nilai keMelayuan, orang akan lebih sudi mengambil kesempatan.

"Ahh...dengan dia ni takpe. Dia tak marahnya. Dia takde perasaan pun. Mari kita buli dia. Oh yeah!!"

Mungkin juga sebelum in aku terlalu lama menyimpan segala sifat-sifat negatif tersebut dari lebih berterus terang. Bukannya sekarang ini aku tak percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. Tapi aku rasa mungkin aku perlu lebih bertegas. Lebih robust. Aku perlu keluar dari hibernasi.

Jadi aku perlukan jaket keselamatan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home