Saturday, March 08, 2008

Masih tak berubah atau tak nak berubah?!

Aku nampak dia lagi. Kali ini di Starbucks Suria KLCC. Macam biasa duduk seorang diri di meja paling luar.

Sambil bermain dengan laptopnya, sesekali dia akan menyisir rambut yang jatuh menutup mukanya.

"Damn."

Aku terus kagum dengan personafikasi yang terjelma di hadapan mata aku ini. Kalau Siti Zulaikha boleh memenjarakan Nabi Yusof semata ingin menjadikan baginda sebagai miliknya seorang, ligat difikiran aku hendak menculik perempuan yang berada dihadapan aku ni.

Biar aku kurung dia di Menara Tak Berpintu aku umpama Repunzel. Biar rambut dia yang hitam itu hanya aku seorang membelainya.

Aku putuskan lamunan bila hampir saja aku terlanggar tiang yang terdapat di dalam cafe tersebut. Aku pandang ke kanan untuk pastikan yang awek tu tak gelakan aku.

"Bagero!"

Sekali awek tu tersenyum ke arah aku sambil mengelengkan sedikit kepalanya.

Dia senyum kat aku. Berbunga hati ni.

Tapi dalam pada tu, ada mamat botak dan amoi kurus yang duduk berhampiran dah tersengih sinis.

"Apa? Kelako sangat ke tengok orang langgar tiang?" getus aku dalam hati.

Setelah mengucapkan terima kasih, dan menjinjing kopi aku ke meja hujung sekali di bahagian luar. Saja aku mencari kedudukan yang bertentangan dengan Zulaikha (mulai sekarang aku namakan awek ni sebagai Zulaikha).

Rokok aku nyalakan, dan Side Effects (tulisan Woody Allen) dikeluarkan dari beg hijau lusuh kesayangan aku. Biarpun muka surat ke 23 aku selak, namun mata aku tepat menuju ke sasaran, Zulaikha.

Asyik sekali aku melihat keindahan ciptaan tuhan ini. Jari-jari nya yang halus laju menekan panel-panel alphabet di keyboard. Ada ketika dia akan termenung sekejap semacam ada sesuatu yang difikirkan. Kemudian akan sambung semula menaip.

Tak semena-mena aku mendengar So Alive (Ryan Adams) berkumandang di jukebox memori aku.

I am on your side, I'm so alive, I'm so alive, It isn't real.
If this is how I feel, Then nothing now is true. Nothing now can ever be taken away from you
Sinking in the past. Things that shouldn't last. Just put to bed and stand beside me, stand beside me.

"Damn!!"

Kantoi. Sedang aku terleka melayan irama lagu tersebut, Zulaikha perasan yang aku sedang memerhatikan dirinya. Gelabah aku cuba melarikan pandangan dari bertentangan dengan matanya. Fountain yang tiba-tiba berhenti dari menari menjadi fokus escapisme aku.

Beberapa ketika aku cuba mengintai ke arah Zulaikha lagi dengan harapan dia sudah kembali meneruskan kerjanya.

"Yes". Dia kembali menaip. Tapi dia mengangkat semula kepalanya dan berbaling ke arah aku. Dan dia lemparkan sebuah senyuman.

Lagi aku gelabah. Aku cuba senyum kembali. Kelat. Akibat cuak. Konsentrasi cuba dialihkan ke arah muka surat 23, chapter By Destiny Denied.

Satu ayat berjaya aku baca.

"A man has been arrested for stealing a crust of bread."

Wajah Meg Ryan sewaktu menunggu NY152 tiba di sebuah cafe di Manhattan, New York bermain di layar fikiran aku. Masih teruja rupanya aku dengan filem You've Got Mail. Haha...

Aku mengharapkan Zulaikha adalah Meg Ryan dan aku adalah NY152 nya. Dan kami berjanji akan berjumpa di Starbucks ini.

(You've Got Mail menjadikan Starbucks sebagai satu metaphor bagi complexity sebuah kehidupan moden yang mana kita harus membuat satu keputusan dari beberapa pilihan yang ada semata untuk berjaya minum secawan kopi.)

Sedang aku menganalisis Meg Ryan, Starbucks dan kopi, baru aku perasan yang awek tu dah takde di mejanya. Liar mata aku mencari ke mana dia pergi.

"Oh tidak!"

Zulaikha berjalan tepat ke arah aku.

Rambutnya yang panjang terurai melayang ditiup angin, blouse bunga ala retro. Ayu. Aku ditawan lagi.

"Fuck!" Mencarut aku. Mamat mana pulak ni. Kacau la lu.

Aku terkena. Mungkin ke arah mamat ni la yang Zulaikha tuju. Cukup mesra nampaknya mereka berdua.

Setelah berlaga pipi dua tiga kali, mereka berdua bergerak pergi meninggalkan aku, kopi, buku, beg, rokok, meja kerusi kayu dan angan-angan.

There it goes my Siti Zulaikha, Repunzel, Menara Tanpa Pintu, Meg Ryan, Starbucks.

Aku toleh ke arah Zulaikha dan mamat tu buat kali terakhir. Sekuntum senyuman aku terima. Senyuman yang cukup manis.

*Sigh

..............

"Bro. Bangun Bro"
"Dah pukul 8 pagi ni. Kata nak balik kampung"

Sebelum bergerak pulang ke kampung, sempat aku text kepada "Zulaikha".

"Slmat pagi. Cuaca pagi ni cantik kan. Dah gi ngundi?"

4 Comments:

Blogger DitO said...

siapa yg masih tak berubah dan tak nak berubah ni?Sy ttanya-tanya klu cita tu mimpi ataupun pngalaman awak(sory-slow pick up :P)..Tp sy stuju usia 23 adalah usia d mana kita akan mula memikirkan soal jodoh..di tamabah lg kalau yg masih single..huhu

12:52 AM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

her@...
sila tonton filem The Matrix.

6:14 PM  
Blogger Biqque said...

hoi grik! terbeliak bijik mata aku baca blog2 ko! sumpah aku tak sangka ko bermadah cam sang arjuna! wahhhhhhhhhhhh! hebak2!

12:21 PM  
Blogger Mohd Asnol Lob said...

biqque...

hahaha. arjuna jadi nye aku ye.

3:43 PM  

Post a Comment

<< Home