Tuesday, April 11, 2006

Kesah klasik untuk masa depan

Hah, cuti?!....

Cuti lagi. Sudah berapa lama sejak kali terkahir ada cuti rasmi sebegini. Entah, tak ingat. Tapi jikalau yang tak rasminya, baru lagi rasanya. Sebulan yang lepas. Hari yang aku menonton Garasi. Ponteng kerja. Beri alasan badan kurang sehat semasa telefon ke office awal paginya. Tipu.

Hari Selasa. Ada pasar malam dekat belakang rumah. hmm...ada dalam sebulan juga rasanya aku tak pergi ke pasar malam ni. Teringin pulak nak makan vaddei. Kena la tu, boleh dapat dari gerai aya tu. Okay...lets go.

Ada dalam 10 minit jugak aku lepak dlm kereta dekat parking. Takut nak keluar. Ada anjing 2 ekor tengah lepak situ. Macam mana boleh tak nampak mereka ada di situ. ooo...padan la. Situ gelap sikit, cahaya tak terang sangat. Anjing 2 ekor tu pun warna gelap jugak.... Blah jugak mereka. (gua ada banyak BAD expereince dgn anjing ni, itu pasal trauma sikit)

Mula-mula pergi gerai jual ayam goreng dulu. Adik aku pesan suruh beli ayam togel (ayam yang tinggal rangka sahaja, salut dgn tepung, goreng) Ada jugak orang gelar ayam pencen. Mak saudara aku panggil 'dinosour'.

"11 ringgit bang"

Uih...mahal gak skeleton macam ni pun. Kira jatuh RM3 la seekor. Aku beli tiga + seketul ayam goreng biasa, itu pasal jadi RM11. Next stop, gerai jual ayam mentah. Nak buat kari ayam katanya. huh...mak saudara aku kirim ayam ni.

"Bagi separuh bang. err...yang ni."

Hajat nak singgah tempat diorang jual dvd/vcd/audio cd/pc games cetak rompak. Tapi nampak macam tak bukak port mlm ni. Lagi pun ada lori MPPJ dekat depan tu tadi. Lain kali la. Dari gerai ayam nak ke kereta, singgah gerai aya jual vaddei. Singgit je sudah la. Ada la 3 ketul. Boleh la tu bukan ada orang lain nak makan, aku sorang je pun. Entah habis ke tak itu pun.

Masuk saja dalam kereta, tetiba terpikir. Ini la yang buat pasar malam cukup klasik. Makanan. Ramai orang ke pasar malam sebab nak membeli makanan. Lazimnya hanya di sini sahaja boleh dapatkan sesetengah jenis makanan tu. Tak hairan la kalau sekali sekala ada mat saleh merayau kat situ sambil ambil gambar, video-shoots segala. Unik. Dah berapa abad umur pasar malam ni tak la aku tau. Yang pasti cuma, sejak dari aku kecil, boleh ingat/tau apa yang terjadi, dah ada. Kalau di kampung, pasar malam ni memang orang-orang kampung tunggu. Pasal macam sudah jadi pesta. Kot bagi mat-mat kampung, masa ni la nak tunjuk lagak mereka. Macho ke, stylo ke, apa lagi kan. Buat yang tengah jiwang tu, masa ni la kot ada yang nak dating. Bersidai tepi kaki lima kedai. Orang Asli pun masa ni la jugak peluang mereka nak keluar ke pekan, kot tak bawak barang hutan, nak membeli resen untuk seminggu lagi. Makcik pakcik pun masa ni la kot nak cari kain nak buat baju baru ke, beli tshirt utk anak cucu ke. Amoi pun ramai beb. Semua suka pakai seluar pendek je, perrghh putih melepak weh kaki dema. hahaha...Masa pasar malam ni jugak la boleh tengok macam-macam pesen. Boleh la nak bagi karakter untuk fesyen-fesyen ni. Tiap gaya pemakaian selalunya represent satu kampung / kariah. Kot yang suka pakai baju bunga-bunga dengan stail sikat terjuih keluar dari poket belakang seluar, dari kampung A. Kot yang suka lipat kaki seluar cam ni, depa dari kampung B. Macam tu la hebatnya pasar malam ni. Boleh bentuk satu identiti untuk seseorang mahupun masyarakat. Ini kesah di kampung aku.

Macam mana agaknya akan datang. 20 tahun, 50 tahun akan datang. Akan ada atau tidak lagi pasar malam ni. Generasi akan datang, mungkin ke mereka kenal dan tau apa itu pasar malam. Atau mungkin ke mereka hanya tau dari buku, macam mana sebahagian dari kita semua kenal dan tau ais kepal. *sigh....

Peace.

Thursday, April 06, 2006

...There And Then

POLITIK.

Satu entiti yg banyak berjasa dalam membentuk peradaban manusia. Sejarah menulis kesah kehebatan, masyhuran, ketinggian tamadun-tamadun dunia. Hindus, Yunani, Mesopotamia, Mesir, Islam. Semua beralaskan ketinggian intelek dalam berdiplomasi.

Hari ini, politik sudah menjadi semakin busuk, berulat, hanyir. Kepentingan peribadi. Politik, entiti yang dah menjadi "kubu" (fortress) agung. Jangan cerita pasal politik kenegaraan. Itu memang dimaklumi keperibadiannya. Dulu, beberapa thn yg lalu, entiti ni tak pernah nak sentuh diri aku. Tapi sekarang, secara tak langsung banyak mengganggu.

Kalau dalam kenegaraan, dah banyak hilang rasa hormat aku pada mereka-mereka yang terlibat. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yg kononnya berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Apa yang terbaru; Cemerlang, Gemilang, Terbilang?! (betul ke, lebih kurang cam tu la kot bunyinya). Banyak sangat berlaku "depan mata" (yang terdekat pada diri) penyalahgunaan entiti terebut. .. huh, malas nak cerita lebih-lebih, bukan boleh ubah pun. Dah jadi resam/adat. Macam fitrah manusia la, kalau nak seks mesti nak kena cari pasangan, tak kira berlain jenis atau pun sejenis. Kalau nak setakat beronani seorang diri mana nak puas beb. (sorry dude.. perumpamaan kali ni hardcore sikit) Itu la yang paling senang nak gambarkan. Macam mana pun mesti nak yang satu itu jugak. Buat la akta/peraturan/denda/hukuman apa pun, kot dah cam makanan utk hidup, peduli apa. Itu hanya pada skop yang besar/kenegaraan. Sesekali fikir, ada masa rasa beruntung jugak ada mereka-mereka ini. Cukup pasal tu.

Hari ini, 6hb April 2006, dunia perhambaan korporat aku sudah mencapai satu tahap yang cukup MELAMPAU. Meminjam perumpamaan yang dipakai seorang rakan, komuniti di kantor ini dah macam sekawan itik. Sekawan itik di dalam kolam. Di permukaan, semua nampak tenang. Tapi nun di bawah, kaki menggelupur berkayuh. Kalau aku menggunakan daya imaginasi, ada rasa seperti dalam hikayat kependekaran. Bersilat tak habis-habis. Menyerang, mempertahan, menikam, mengelak, memancung, mematikan... MATI. Kot pegang watak Pak Pacak pegang lembing je pun, boleh mati tak pasal-pasal.

Selama ini aku tak nak nak ambik tau semua hal kantor. Janji aku siapkan kerja-kerja on-time dan mengikut kehendak spesifikasi, cukup. Tapi lama kelamaan, terhidu jugak aku bau busuk,hanyir. Biarpun belum masanya aku terkena, ini dah macam cerita sebuah perang zaman Nabi Muhammad SAW dulu. PERANG UHUD. Perang yang tentera Islam menang pada mulanya, tapi tewas akhirnya kerana tentera2 tidak mengikut arahan ketua. Salah satu bahagian dari kekalahan tersebut, Saiydina Hamzah yang gugur dalam perang, mayatnya dibelah dan dimakan mentah-mentah organ nya oleh seorang wanita, Hindun, akibat dendam dan benci yang melampau.

Sungguh jelek. Aku masih bertahan di sini hanya kerana satu perkara. DUIT. Asalkan aku tak keputusan perkara tersebut setiap bulan, aku akan cuba bertahan. Lagi pun, seperti aku kata awal tadi, aku belum terkena. Mungkin esok atau minggu depan atau bulan depan, giliran aku pulak. Sapa tau.

Peace.