Thursday, June 14, 2007

Chicken Pie, Mushroom Pie & Sweet Bun: Halusinasi Interpretasi XY

Ok. Ok. Ini penghabisannya. Dah ada yang tanya bila nak menghabiskan cerita aku ni. Dah baca habis nanti, ikut suka la apa yang kome nak kata. Cuma aku nak beritahu, ini cerita tentang ilmiah, halal dan haram, manusia tegar. Dan kisah cinta. Siapa yang tak berkenan cerita cinta (macam aku sendiri), kuatkan imaginasi kamu semua, jana interpretasi XY kamu sendiri.


************

Sweet Bun.


Ada satu masa tak lama dulu, seorang kawan mempersoalkan kenapa orang merasa pelik untuk seorang lelaki dan perempuan menjadi kawan baik. Status baik yang boleh diinterpretasikan oleh masyarakat marhain sebagai mempunyai hubungan intim. Dia mempersoalkan salah ke untuk baik yang main cium cium pipi.

Persoalannya sekarang, hidup kita ini di dalam lingkungan agama dan budaya yang semua mendakwa sebagai yang terindah dan terbudaya sekali. Kalau dilihat dari sudut agama memang menjadi kesalahan besar. Berdosa bersentuhan kulit antara bukan muhrim.

Ada pulak yang mempersoalkan, apa salah sentuh. Logiknya memang tak salah. Apa kes kan. Rasionalnya, untuk jangka masa panjang ianya akan bayak membawa keburukan. Aku bukan ustaz, aku bukan alim, aku bukannya pandai sangat pun. Tapi ada la cenonit pengetahuan dan kefahaman yang aku dapat.

Siapa siapa yang bergaul rapat dengan perempuan akan faham apa yang aku nak maksudkan. Bila terlampau banyak berlaku sentuhan kulit kasar dan halus, percaya la, akan membawa kepada rangsangan nafsu. Bila terangsang, akan jadi pulak aktiviti aktiviti yang menjanjikan kenikmatan. Eh, ye ke nikmat?? Ada yang tak nikmat kot?!

Dan bila dan terjadi sesuatu yang lebih nikmat dan sedap, membawa kepada masalah masalah lain pulak. Mula la ada macam macam terma terma sosial yang lain. Budaya kuning, Mat Rempit, Anak Ikan, Karipap, Nasik Lemak. Ntah. Orang kita memang kaya. Ada saja terma baru yang diciptakan untuk disesuaikan dengan keadaan.

---------------

Dulu selalu aku gelakkan kawan kawan. Selalu aku kata pada diri sendiri aku tak nak jadi macam tu. Aku tak nak mengeletis sebegitu. Biar la dah ada awek pun aku tetap akan jadi sempoi. Nak cari awek yang sempoi jugak. Rupanya itu angan angan saja.

Awek dah selamba, sempoi abis. Tapi mana mungkin boleh mengelak dari nak mesra mesra. Bukan mesra macam tagline bas MARA (Transnasional) – Mesra Selalu. Bukan mesra macam nama kedai Petronas – Mesra. Ini kemesraan XY.

Tapi semua best sekejap saja. Tak sampai setengah tahun pun. Mungkin kemesraan tu mekar mewangi (Muahaha...aku ketawa) sangat kot. Mana ada benda tahan lama kan. Pakai perfume Hugo Boss ori pun sehari je tahannya. Itu terkantoi tu. Baru aku paham kenapa ramai orang suka nyanyi, suka dengar lagu putus kasih bila tengah kecewa.

"Kau normal ke tak ni?"

Itu reaksi pertama seorang kawan bila aku kata aku layan In Flames masa melayan kekecewaan hari tu. Dan jugak Machine Head.

Tapi tak salah kan? Perkara normal je tu. Kenapa orang tak nak faham. Bila dengar lagu hardcore ke, metal ke, punk ke, terus persepsinya jadi ganas. Memberontak. Tapi tau ke orang lain apa yang sedang dilagukan tu. Mana orang nak tau kan dah mereka tak layan. Dan tak nak ambik peduli.

Muzik je ganas. Tapi jiwa penuh kekecewaan tu. Frustasi. Penuh amarah mungkin. Amok. (kamu ada menonton filem Amok lakonan Nasir Bilal Khan, Ramona Rahman, Hans Isac?)


***************

Bergedil.

Baru dua Jumaat lepas aku melepakkan diri bersama teman aku. Jam 10 malam aku jemput dia di rumahnya di Jln Genting Klang, untuk ke NZ Wangsa Maju. Lama tak makan char kuey tiaw.

"Greect, ko jadi pengapit aku ye nanti?!"

Hah. Dah nak nikah dah kawan aku ni. Berseri je muka mamat ni masa mengajukan ayat penyata tersebut. Aku takde hal. Boleh je. Siapa lagi kalu bukan aku. Sia sia aku berkawan lama dengan dia kalau tak boleh nak berkongsi kegembiraan.

"Caya la beb."
(Tak elok pun kamu tu kawin lelama. Muahah...)

Ish. Macam mana tugas pengapit pengantin ni? Selalu aku tengok, tapi tak pernah ambik kisah pun apa yang patut dibuat dan tak patut dibuat.


***************


”Hati ni baik. Sebab tu dia merah sangat. Hati ni pernah terluka, tapi dah sembuh. Pasal tu ada plaster ni. Bunga ni maknanya dia sayangkan seseorang sangat sangat. Pasal tu akar dia banyak. Kira kuat la tu kan. Padlock ni represent dia dah kunci hati dia. Kira Takde sapa boleh kacau la kan. Tapi...apa pasal ada ulat ulat ni? Ish ni bukan hati I ni. Hati I tak busuk.”

(Aha. Ya. Tu bukan hati U. Tu hati I. Dan I memang tak nak tu jadi hati U pun. Susah nanti.)

Simple je kan. Tak susah nak baca apa yang aku cuba sampaikan dalam sketching aku tu. Hampir tepat apa yang diinterpretasikan oleh AY. Tapi ada yg kurang tepat.

------------

Macam bunga tu memang melambangkan perasaan sayang. Tapi bukan sayang sesangat. Pasal dia dah nak layu. (Belum layu ye, cuma dah nak layu). Sebab tu warna dia macam tu. Daun dia hijau terang pasal dia masih segar. Maknanya walaupun sebahagian dari jiwa tu dah hilang serinya, sebahagian darinya masih boleh berkompromi dengan apa apa unsur yang menjurus ke arah perkara berkaitan. Kasih sayang jugak kot.

Padlock tu pulak bukannya bermaksud dah kunci hati tu. Ianya lebih kepada simbolisme percubaan untuk menghindarkan dari unsur unsur negatif yang dah banyak berpesta sebelum sebelum ni. Kalau perhatikan betul betul dalam padlock tu sendiri terdapat banyak unsur kejahatan, lucah, barbarik.

Hati busuk. Aku pernah termakan hati ayam goreng yang dah busuk. Muntah keluar nasik balik. Sungguh aku tak nak jadi macam tu. Ulat ulat yang mencanak canak keluar dari hati tu cuma satu metafora bertapa kalau tak dijaga sesuatu tu akan rosak teruk lah ia. Ya, jiwa yang tak jujur, dengki, skrempes, skebis.

Pisau tu cuma sekadar pelengkap kepada perlambangan kepedihan, kelukaan, kesyaitanan, kedaifan, kenaifan. Saja letak besar besar. Nak bagi nampak ganas dan sungguh sedih. (Muahaha...aku ketawa)

---------------

Ada yang bertanya pada aku, apa signifikasi Chicken Pie, Mushroom Pie & Sweet Bun dengan apa yang aku tulis dalam entry entry terbaru ini.

Apa yang boleh aku kata, aku dalam proses melihat dunia aku lebih dari sekadar kerja, hoki, muzik, dan juga orang yang pernah ada dalam diri aku. Dan dalam beberapa minggu ini bunga dalam sketch aku tu semacam nak berkembang balik. Seakan dalam proses bersalin kulit. Merah la tak lama lagi tu. Itu pun kalau berjaya la. Kalau tak terpaksa tampal plaster satu lagi.

Pie dan roti termasuk la bergedil tu semuanya merupakan platform untuk sebuah perhubungan.


"Ye ke U message I tadi? I tak bawak phone la. Tak pe la, U ambik je pie I ni. Ada lagi 2 pun."

"Tak pe ke ni. Kang diorang nampak?" (waktu aku menghulur mushroom pie kepada AY beberapa hari selepas tu)

Dan bergedil pulak, tiap kali breakfast atau kalau makan nasik waktu lunch, mesti dalam pinggan aku dan AY akan ada bergedil. Apa nak buat. Dah seleranya begitu.

*Tak inreaksi ketidakbolehan dalam menerima sesuatu idea.

Chicken Pie, Mushroom Pie & Sweet Bun: Interpretasi Kongkang

Semalam aku dah tak larat nak menghabiskan cerita pai ayam, pai cendawan dan roti manis. Letih jugak walaupun hanya duduk meriba notebook. Lebih lebih lagi setelah terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur.

Bosan dengan keadaan trafik yg bergerak perlahan dari bulatan Bank Negara hinggalah ke LDP, aku terus saja memacu kereta ke Bukit Jalil. Alang alang dah sangkut, belasah terus la jauh jauh sikit. Tau tau saja dah berada di dalam Stadium Hoki Nasional, menonton perlawanan Maybank-TNB.

Jam 10 malam baru aku tiba di rumah.

***************

Mushroom Pie.

Tau tau je dah 6 bulan. Dah setengah tahun rupanya. Balaci korporat. Tak terfikir aku untuk berhijrah secepat ini. Kemeja kain cotton, seluar kemas berseterika, kasut kulit hitam, rambut bersikat lurus (berapa kilo minyak rambut kau pakai tu?) (apa class minyak rambut, hair gel la baru hebat!)…Cess. Punk is dead.

Satu pagi aku menerima panggilan melalui telefon office. Orang HR. Katanya mereka telah lama memerhatikan aku, dan nampaknya aku ada masalah attitude. Attitude?!

Rambut panjang bukan presentasi dunia korporat. Nak pulak aku tak pernah langsung mengikat kemas, dibiarkan saja terjuntai panjang....FREEDOM. (baca: Bedasarkan intonasi luahan rasa William Wallace sewaktu menjalani hukuman bunuh; Braveheart)

"Kah kah kah. Muahaha..."

Aku diperkotak katikkan. Budak department sebelah main main. Terkena jugak aku. Mau tak, aku baru masuk kerja tak sampai 3 bulan. Personel HR telefon dan beritahu perkara sebegitu. Seriau jugak. Aku nak membina kerjaya (rujuk entry Choose Life).

--------------------

Kali pertama rasanya gua jadi jiwang. Bukan tak pernah, Cuma apa yang sebelum ni mungkin lebih terarah kepada crush. Sama ada the big one atau sekadar di pinggiran. (Muahaha...aku ketawa ye). Dan ianya bukan jiwang.

"Jiwang karat siut"

Kata kawan aku sewaktu berbuka puasa bersama dulu. Ucapan taniah dari beliau. Idola aku budak ni. (Muahaha...ketawa lagi) Di tepi kolam KLCC aku ceritakan apa yang terjadi dalam masa enam bulan terakhir tahun 2006.

Apa nak bikin lagi. Nasib nasib. Sasau jugak aku beberapa ketika. Sampaikan ada sorang kawan ni kata dia dah malas nak ajak aku bila ada sesi lepak beramai ramai. Dia kata aku turn-off the mood. Senyap sunyi. Living in my own world biarpun orang lain tengah bersuka ria di sekeliling.

--------------------

Tak in la. Rasanya ini la tempat kerja pertama yang aku tak ada kawan rapat. Mereka semua ok. Baik hati. Ramah. Pemurah. Tapi aku belum jumpa lagi unsur yang boleh merapatkan pergaulan mereka dan aku. Apa pasal aaa???

Tapi ada seorang mamat ni. Dia buat aku teringatkan seorang kawan yang dah lama aku tak jumpa. Mereka (ganti nama utk mamat ni dan kawan aku) ni berkongsi beberapa sifat. Bukan. Mereka bukan golongan lelaki lembut, tapi mereka mempunyai satu perwatakan yang sopan. (Muahaha...ketawa kuat kuat kali ni).

Perkataan sopan tu sungguh kelakar. Kenapa? Pasal mereka tu suka cakap ikut suka hati je. Karakter yang seakan tersembunyi. Nampak lembut, tapi, rebel. Ini baru punk. Punk is not dead.

Tapi…tak cukup ilmu di dada lagi untuk memenuhi selera aku.


bersambung lagi....


Chicken Pie, Mushroom Pie & Sweet Bun: Sebuah Interpretasi

Sepatutnya aku sedang bersenang senang di atas katil sambil menonton vcd The Last Legion. Tetapi suasana malam ni tak in la. Atau memang hari ni bulan gerhana kot. Klise yg selalu aku gunakan untuk merujuk kepada keadaan perempuan yang sedang dalam proses penyucian sistem tubuh badan; datang haid la, bahasa orang putih nya "period".

Hmm…ok la, mula cerita.

Dah lama jugak terperosok dalam timbunan kertas kertas A4 recycle atas meja di pejabat. Dari hanya sekadar conteng contengan bermediumkan ballpen hitam, aku terjemahkan pula dengan sketching pen. Kemas dan sedap sikit mata memandang.

Terpengaruh dengan package layout album Light Granades, aku cuba bermain dengan perasaan. Ternyata akhirnya aku terperangkap dengan sebuah angan angan. Angan angan yang pernah menjadi cita cita, dan akan terus menjadi cita cita sehingga akan sampai waktunya nanti.

*************

Chicken Pie.

Walaupun bukan jenis makanan ini yang menjadi cerita utamanya, tapi peranan tepung-diuli-menjadi-pastry-diintikan-dedaging ayam-dibakar-di dalam-ketuhar, cukup besar. (Best jugak main susun perkataan macam ni. Selalu baca dalam tulisan blog org lain je)

Mula kisahnya dah lama, setahun yang lepas. Satu malam riuh rumah aku dengan suara suara mak mak sedara yang memerli. Masakan tidak, malam tu aku balik dengan potongan rambut pendek ala zaman sekolah menengah dulu. Hanya tersengih yang mampu aku ekspresikan.

Sebelum ni, jangan katakan mak sedara, mak aku sendiri dah berbuih mulut suruh potong, aku buat tak tau je.

"Rock, mama. Rock n roll."

Bapak aku pun akan dapat jawapan yang sama setiap kali dia bukak bab potong rambut ni. Sampaikan dia sanggup offer aku duit untuk buat bayar upah tukang gunting biarpun dia tau aku memang berduit. Ye la, dah aku bekerja. Mesti la ada duit. Setakat sepuluh ringgit tak luaknya gaji aku tu. Dan tiap kali jugak aku akan buat main main mintak seratus ringgit. Kononnya nak pergi ke salon. Sudahnya, dia akan malas melayan aku. Haha…anak derhaka kah aku??

err...hanya mereka yang pernah berjumpa dengn aku sahaja tau rupa rambut aku tersebut. Cuma sekali dalam setahun ataupun dua tahun kot aku mengunjungi kedai gunting rambut. Macam mana boleh pendek terus? Pasal aku tak reti nak potong macam mana lagi dah walaupun aku cukup berasa sayang.

Jadi, macam mana aku boleh tergerak untuk mengorbankan ego rebellious aku tu?

Perempuan.

Ya. Memang itu je satu jawapan nya. Ringkas. Padat. Tepat. Melekat.

Kelakar aku rasa. Hujung cerita aku kantoi jugak dengan sebuah ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Maha Kaya. Maha Berkuasa. Maha Mengetahui. Ingat lagi kata kata arwah opah aku lama dulu,

"Jangan lawan fitrah alam. Malu sendiri sendiri nanti."

Kejadian yang sebaik baik kejadian. Seindah indah kejadian. Kejadian ciptaan Tuhan yang paling paling aku kagumi. Paling paling aku pujakan. Kalau tak, tak kan dalam cd-rom notebook aku sekarang ni ada vcd porno.

Tipu la kalau kata ada lelaki yang tak pernah layan porno ni. Ketayap atas kepala pun takde gunanya. Alim ke kamu dengan ketayap tu? Jangan kena tipu, bang. Masa di kolej dulu, antara kawan kawan yang rapat dengan aku ada beberapa orang yang dikenali dengan kealiman mereka dalam bidang agama. Imam solat Subuh di surau kolej, anggota Pertubuhan Agama Islam Maktab, penggerak Jemaah Agama Islam Maktab. Perrghh…gerun beb dengar nama nama tu. Tapi…balik hostel, aku tau ceritanya. Kawan aku tau jugak. Dia tu pun tau.

Ha ah. Ya. Sekali gua sudah tangkap cintan dengan sorang awek ni. Terpinga pinga jugak aku nak suaikan diri dengan alam yang cukup dara untuk diri aku. Virgin?! Huh…


bersambung....

Monday, June 11, 2007

Chicken Pie, Mushroom Pie & Sweet Bun