Tuesday, July 31, 2007

Gigit

Tak syok sungguh bila berada dalam fasa ketandusan ilham untuk menulis. Di tambah lagi dengan kerosakan kedua dua buah PC dan Notebook aku. Serentak. Aiyaa....

Kedua duanya mengalami masalah yang serupa. Window XP is not working properly.

Untuk menulis di blog, aku perlu berada di meja di office. Aku sudah tak mampu untuk menulis sesuatu yang datang berhalusinasi yang tidak mengenal waktu dan ketika. Jika sesuatu muncul diwaktu aku sedang tidur, di alam mimpi, bila terjaga aku tak dapat nak mencoretkan semua itu. Selalunya aku akan menulis dulu di dalam Words, dan akan post kan di blog bila aku rasa ianya sudah mencapai tahap piawai yang ditetapkan.

Tapi kini tidak lagi boleh begitu. Sambil mengunyah karipap sejuk yang dibeli di dalam hujan awal pagi tadi, aku cuba untuk membunuh cubit cubitan kesejukan penghawa dingin. Gila ahh...sejuk gila. Lagi sejuk dari suhu di Bradford ketika awal musim sejuk. Perrghhh....

Gaji sudah masuk. Perkara utama yang perlu dilakukan, baiki PC dan Notebook. Nyawa aku.

Tuesday, July 03, 2007

Rapatkan Saf

Kosong.

Sudah nak masuk tiga minggu. Tak tau mana silapnya. Tak tau apa puncanya. Sekarang ni rasa semacam dah kurang nafsu berahi nak pulang ke rumah setiap kali tamatnya waktu kerja. Lebih selesa untuk terus terconggok di pejabat, mengadap komputer, walaupun tak ada kerja yang perlu disiapkan segera.

Hari ni pulak, entah kenapa terasa Maha Kosong pulak jiwa ni. (Awek lari lagi la ni...Muahaha) Kali ni aku tak terus melepek di bangku pejabat macam biasa. Sebaliknya aku keluar agak awal. Merayau sekejap ke Kompleks Campbell dan Pertama. Terus saja ke Mid Valley kemudiannya.

Ada setengah jam jugak aku terkulat kulat membelek “kitabun” (buku). Hanya di situ. Di ruang Social Interest/Local Author di MPH. Tak tau la sama ada memang diklasifikasikan sebegitu atau ada orang yang main suka hati letak buku merata rata. Tengah ‘syok’ membelek karya karya Salleh ben Joned, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Adibah Amin, Ahmad Sarji (Tan Sri)…(huh?!), MAWI?! What the fuck?!

Social Interest. Mungkin la kot.

Sudah ke empat kalinya perhatian aku terarah ke sebuah karya ni dalam empat kunjungan aku ke kedai tersebut. I AM MUSLIM hasil tulisan Dina Zaman. Dan setiap kali juga aku hanya termampu membaca dua muka surat saja dari bab pertama.

Tapi itu dah cukup untuk membuka pintu hati yang bebal ni untuk membeli.

Bagaimana aku boleh tergerak untuk membeli? Apatah lagi untuk membaca?

Kerana ini bukan ulama yang menulis. Bukan dari sudut pandangan seorang Ustaz atau Ustazah. Ini dari mata hati jiwa seorang muslim Malaysia yang kurang mendapat pendedahan Islam itu sendiri mahupun budaya Melayu Malaysia.

Aku takde apa apa masalah dengan ulama, dengan ustaz, dengan ustazah. Tak ada secenonit pun prejudis. Cuma bila memperkatakan Islam itu sendiri dari perspektif yang berbeza, yang lebih sinonim dengan konteks sosio budaya masyarakat Malaysia moden. Rasa lebih dekat. Lebih kena dengan diri sendiri.

Tersentak sekejap bila membaca “The Five Pillars of Islam”. Rukun Islam ni. Biarpun ditulis dalam bahasa Inggeris, terpegun jugak aku. Bukan kerana keindahan bahasanya atau kerana kekaguman dengan interpretasi penulis, tetapi terpegun kaku kerana aku tidak berjaya hendak mengalih bahasakan rukun yang pertama ke bahasa Melayu. (err…Bahasa Malaysia. Nanti marah pulak orang Dewan Bahasa dan Pustaka)

Blank. Kosong. Tak boleh langsung nak mengingati apa dia rukun yang pertama ini.

Wah. Teruk ni. Sia sia empat tahun aku di Sekolah Rendah Agama Rakyat yang aku kena paksa pergi setiap petang lepas waktu sekolah. Nak main bola pun susah. Nak kena tipu ustaz kata ada gerak kerja ko-kurikulum untuk melarikan diri dari kelas selepas waktu rehat.

Makbul jugak kot doa cikgu yang kecewa dengan pelajar pelajar lelaki kelas Aliran Agama, ketika aku di sekolah menengah. Tak memberkatikan kot ilmu ilmu yang dia ajarkan. Apa taknya, nama pelajar Aliran Agama, tapi main hoki wakil sekolah pakai seluar pendek. Perrghh…terasa la pulak pedih kena public canning. Dendam jugak dengan cikgu tersebut. Tapi sekarang baru sedar signifikasi perbuatan beliau tu.

Sungguh aku terasa hina. Apa, Mengucap Dua Kalimah Syahadah pun boleh lupa ke?

Tapi, itu realitinya kan. Kita semua ni Islam atas nama kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Islam keturunan. Jadi kita tak tau pun apa maknanya.

Ada satu perbualan antara aku dan seorang rakan (seterusnya dikenali sebagai IK1) yang Islam Keturunan dengan seorang rakan yang Islam Kesedaran (mualaf) (IS).

“Kau dah pernah menganut agama lain kan. Apa yang buat kau boleh tertarik nak masuk Islam ni?” (IK1)

“Reason dia satu je. Dari dulu, dari Adam sampai sekarang, ada satu je kitab yang jadi panduan.” (IS)

Itu jawapan seorang yang mencari. Tapi ada antara kita yang dilahirkan di dalam pulak berfikir,

“Cina la best, dia bukan Islam. Boleh fuck.”

Ye la, dia memang la bukan Islam. Abih tu kau tu apa kan.

Aku memang sangat sangat bersetuju dengan Dina Zaman bila dia menyatakan bahawa kita, Muslim zaman sekarang ni, yang Islam Keturunan, adalah golongan yang keliru. Yang rabun.

Salah diri sendiri sebenarnya. Kita ni yang mencorakkan satu sosio budaya, sosio masyarakat yang mencampur gaulkan segala benda dalam satu. Banyak pihak lantang menyatakan hubungan seks sebelum mempunyai ikatan perkahwinan yang sah adalah salah. Dosa besar. Jadi macam mana pulak dangan media kita? Yang mengiyakan hubungan seks bebas tu satu cara hidup.

Glokal.

Kelako tau tak. Sungguh aku sampai sekarang tak tau apa makna glokal tu. Gabungan perkataan apa yang membentuknya pun aku tak tau.

Global + nakal...kot.

Aku pernah tersengih sinis bila mendengar bapak aku melaungkan istilah glokal ini dalam ucapan politiknya. (Bukan mendengar sebetulnya, tapi secara kebetulan terbaca draf teks ucapannya untuk satu sesi perjumpaan UMNO).

Menteri glokal, semua orang hendak glokal. Menteri hadhari, semua hendak hadhari.

Tapi kita semua ni macam mana. Masih aku nak utarakan persoalan yang sama. Aku nak ambil apa yang Dina Zaman persoalkan.

Ada aku perhatikan budak budak muda (remaja) sekarang, gila hip hop bebeno (baca: sangat sangat) . Ok kalau layan muzik hip hop tu. Tapi lifestyle hip hop tu aku tak paham sangat. Nak sangat jadi nigger.

Sejarah kata nigger ni bahasa hinaan, cercaan untuk bangsa kulit hitam ni. Tapi sekarang masing masing bangga pulak dihina. Apa macam tu?! Ntah.

Pasal tu aku cukup tak setuju MTV. Belum sampai tahap fuck-off lagi pasal ada jugak program anjurannya yang membela rock n roll, tapi dah meluat. Tapi tiap kali menonton klip video hip hop, mencarut carut aku. Banyak yang mengeksplotasikan wanita sebagai satu unsur sensual dan sexual. Menarinya, pakaiannya (yang ni aku suka, tapi...fuck-off jugak), tergedik gedik.

Kita diajar, bukan Islam sahaja, dalam agama lain dan budaya bangsa lain pun semua kata yang sex before marriage is forbidden. Tapi macam mana pulak dengan masturbation. Sama saja. Aktiviti yang melayan nafsu syahwat. Paksaan menimbulkan rasa berahi dan pancutan air mani juga. Tak kira secara solo atau berduet.

Tapi mengapa masturbate (melayu kata melancap) kita boleh abaikan dan terima dalam budaya kita. Macam tak salah je perbuatan tu.

“Haa…nak gi melancap la tu. Baru tengok sikit dah tak tahan”

Situasi yang biasa terjadi di rumah bujang.

“You ni kacau la. I baru nak orgasm.”

Biasa kan?! Biasa dengar dan biasa buat kan. (Muahaha….)

Kalau tak salah dan seingat aku, aku pernah mendengar satu hujah dari seorang guru yang menyatakan “walau setitik air mani kamu itu gugur ke bumi, yakni dilakukan secara haram, tak kira la dengan timun ke, dengan bola ke, apa ap je la kan yang boleh...seluruh makhluk bumi dan langit akan melaknat kamu”. Wah...ganas ganas. Selebihnya aku tak tau. Kalau salah, salah lah aku. Kalau betul, kira ada jugak ilmu yang berguna yang aku dapat biarpun selalu ponteng kelas dulu dulu.

Tapi, semua tinggal ayat penyata je kan. Buat jugak. Berulang kali. Berulang hari, Berulang bulan. Berulang tahun. Tau tau je doktor kata, kamu kurang subur.

Panjang lagi kalau nak bercerita.

Rasa macam poyo (akhirnya secara rasmi aku guna jugak perkataan ni) pulak. Bercerita bab agama, tapi diri sendiri hancur. Sembahyang pun tak peronah (baca: pernah) lengkap. Kejap buat, kejap tinggal. Baca apa dalam sembahyang pun tak tau betul ke tidak. Ada hati nak cerita bab dosa pahala. Blah la lu.

P/s – interpretasi diiringi oleh bait bait hujah Straight Edge band GRADE, dari album Under The Radar. Hardcore rules.